Berhabuk betul blog ni haha. Bertahun-tahun dah tak update. Maklum la makin bz. Huhu. Bila aku baca balik penulisan aku zaman dulu, aduh teruknya tulisan.
Aku dapat rasa, orang yang menulis tanpa pakai shortform ni beretika dan penulisan beliau seolah-olah mempunyai autoriti tersendiri.
Haa.. Topik yang aku nak tulis pada hari ini ialah tentang seorang manusia yang aku tak pernah kenal. Tapi entah la, seolah-olah dia dah jadi penting pulak dalam hidup aku.
Kisahnya, mak aku ni suka pergi kelas mengaji Quran. Sekali tu, mak aku join kelas tarannum dan berkenalan dengan seorang mak cik ni. Mak cik tu pulak tengah mencari calin menantu untuk anak dia. Dia tanya la mak aku. Biasanya mak aku ni memilih orang. Kalau orang yang bakal jadi besan dia tu dia boleh 'ngam', baru la dia cakap dia ada anak haha. Kalau tak mak aku akan cakap anak paling besar baru nak ambil SPM haha.
Mak dia pun buka cerita tentang anak dia. Aku tak faham kenapa la mak cik ni nak cepat-cepat buat majlis padahal tu first time kot dia jumpa mak aku. Bukannya kenal lagi. Lepas mak aku habis mengaji dan balik rumah, mak aku pun whatsapp aku and cerita tentang ni.
Selama ni aku cakap kat mak reject dulu sebab saya nak cari kerja tetap dulu. Tapi entah la kali ni. Memang aku tak nak jugak. Aku siap rasa nak marah pulak kat mak cik yang bagitau mak aku ada anak tu. Seriously aku tak ready lagi untuk kahwin. Aku takkan bergerak macam lalang, ikut je angin. Aku ni jenis bertindak berdasarkan perancangan. Memang dalam planning aku, aku target nak kahwin tahun ni tapi aku baru nak start menyimpan duit huhu. (Memang salah aku, masa ada scholarship dulu kemain joli huhu)
Mak aku pun pujuk untuk terima dulu, jangan terus reject mak cakap. Mak pun explain satu-satu tentang orang tu. Aku takde la teringin pun walaupun mak cakap dia kerja bagus, budak pandai, dah ada rumah sendiri. Sikit pun aku tak terjejas dengan semua tu. Kecuali bila mak aku cakap, rumah dia dekat. Hah. Point ni je yang buat aku cair.
Aku memang doa nak orang yang dekat dengan rumah je. Hehe. Sampai bila bergurau dengan mak, aku cakap nak jiran yang selang beberapa buah rumah dengan rumah aku tu je. Sebabnya.........aku mana la kenal orang laki lain. Huhu. Satu lagi benda yang buat aku terfikir ialah, aku dah banyak reject orang (takde la banyak tapi lebih dari 3 kira banyak la kan huhu) mak cakap, takut-takut lepas ni yang datang dah takde yang baik.
Lama jugak aku ambil masa untuk fikir tentang ni. Sebelum ni aku pernah ada suka kat orang, tapi hidup ni camtu la permainannya, orang yang kita nak taknak kat kita. Haha. (Gelakkan diri sendiri)
Sekarang, aku masih dalam proses istikharah, istisyarah, moga-moga Allah bukakan pintu hikmah untuk aku mengambil keputusan. Kerana perkara ini bukan main-main. Perkara ini berkait hidup dan mati. Syurga dan neraka! Allahu...
Pernah juga aku cakap kat mak, aku taknak hidup dengan orang asing yang kita memang tak kenal dia tak tahu perangai dia. Aku nak duduk dengan mak je sampai bila-bila. (Ni zaman tak maced haha) tapi siyesla aku takut dengan lelaki. Selagi boleh elak berurusan dengan lelaki, aku elak.
Doakan aku agar Allah berikan petunjuk untuk aku buat pilihan.