Bismillah....
Alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi... Dalam perancangan yg agak singkat,keputusan dibuat,terus nekad!
_________________________________________________________
SETIAWANGSA 040113
Hujan mula turun mencurah2 membasahi bumi sebaik sahaja kami berdua selesai menikmati minum petang. (sejak tau jejemput mak cik ni sedap,hmpir tiap minggu jgk aku pegi beli. gemuk gitu la yop...)
Hati mula berkira2 utk membatalkan niat ke sana malam ini. Henset dicapai. Sekeping sms ditaip.
" Hujan lebat ni. Nak pegi jgk ke? awak tu dah la x brp sihat.demam kang susoh."
~SENT~.
Mesej dibalas...
" InsyaAllah ok je ni. Lagi sihat bila jumpa doktor kan? =))"
Gulp.
Ok.
Kaki mula bergerak. Sebuah lg sms ditaip.
" Salam maa,.aye nak pegi majlis ta'lim kat setiawangsa ni. Abang pn pegi jgk. Boleh ye maa? "
Green light. Yes.
Hujan yg lebat diredah bersama niat yg suci: ingin bersama dlm majlis ilmu,mendengar nasihat para ulama',membaiki hati yg dirasakan semakin jauh dariNYA..... T__T
Antara tanda kasih sayang Allah,DIA beri ujian kpd kita kan? dlm bas,,fuh...masyaAllah. sendat.ketat.perjalanan yg secara gholibnya hanya mengambil masa 5min berubah menjadi 75min gara2 hujan lebat.
Aduh...ade plk student Korea yg begitu offensive beraksi 'romantikus' di khalayak ramai. Allah.... istighfar je le dlm hati. Mmmg geli geleman tengok. tapinye aku ni berdiri menghadap dyorg.. = ='
Sampai di stesen LRT,kami segera menuju ke surau. Alhamdulillah sempat bermaghrib di sana.
Perjalanan memakan masa hampir 35min utk ke sana. Peluang digunakan utk menghbiskan murajaah harian. Alhamdulillah.
Sesampainya kami di sana, terus bertanya di manakah Masjid Muadz tersebut? ha ha ha. ketiga2 kami xtau. <eh,lupa nak kabo td,kami pergi bertiga.> kebetulan ade sorang remaja sebaya kami atau mungkin lebih tua sedang menunggu teksi jd kami tanya dia je lah. Ok. Perjalanan diteruskan. Hati semakin berbunga2. Terbayang2 bau harum setanggi yg dibakar. <ehh?>
Dan akhirnye... MasyaAllah... Subhanalllah... Melimpah2 manusia di masjid tersebut. Dari jauh sdh kedengaran qasidah2,memuji2 Allah dan Nabinya... Ya Allah....rasa apakah ini?? Indahnya...
Kami segera mencari ruang,menyelinap dlm keramaian manusia itu...mencari ruang utk sama2 menempatkan diri dlm suasana penuh barakah itu...
Anak2 kecil kelihatan comel sekali dgn jubah2 putih,serban,bertudung... muslimah pula,ramai yg berniqab. Sungguh,jelas kelihatan keayuan muslimah yg berniqab ini. <aik,,mcm mne blh nmpk muka dia> x. kita x nmpak muka dia,tp pakaiannya itu kelihatan sbg sut yg begitu indah. Jika di mata sy ini pun sdh indah,bagaimana pula di mataNYA??
Antara isi2 yg dpt dikutip sepanjang majlis ta'lim pertama bg sesi 2013 ini,, yg plg terkesan ialah bab 'BANGUN MALAM'. Habib syeikh menyebut,bahawasanya bangun malam ini makanan roh yg amat penting. Apa akan jadi bila kita menghalangi diri kita dr bgun malam? Seumpamanya kita menghalang diri kita dari makan,minum. Natijahnya,pasti kita akan jatuh sakit bukan??
Selain itu,,, syeikh menyebut. Apabila seseorang itu amat suka terhadap sesuatu hngga asyik melakukannya,dia xkan bosan dgn perkara itu. Beliau memberi contoh, orang yg amat suka membaca Al-Quran sehingga terlupa akan perkara2 harus dunia,,hinggakan org lain yg perlu mengingatkan dia,hai fulan,sdh tiba waktu makan...,maka nantikanlah berita gembira dari Tuhannya. YA ALLAH..... rasa mmg betul2 dihempuk,ditampar,dilempang,disepak dgn hebat bila mendengar kata2 ini. Allah..... =((
Untuk mereka yg tidak berkesempatan,blh la menonton video tersebut...
CEKIDAUT ^^
Ya Allah,,aku bukanlah orang yg baik,tapi aku suka mereka yg baik2. Ya Allah,,aku tidak suka org yg bermaksiat walaupun aku sendiri dlm kalangan mereka. Ampunilah dosaku Ya Allah.....
Ini baru keturunan Rasulullah... Kalau betul2 Baginda?? *pengsan*
Pengsan,kerana mulianya Baginda, x layak diri yg hina ini memandang wajahnya yg suci dgn mata yg kotor ini. Namun,jauh di lubuk hati,,kecintaan ku padamu yg paling tinggi.


No comments:
Post a Comment