Thursday, 7 September 2017

Barang berharga yang hilang

Bismillah. Macam lama juga la aku tak jenguk blog ni. Tiba-tiba hari ni kawan aku mesej pasal dia terbaca entri aku. Aku blurr jap, sebab dah tak ingat nama blog sendiri. Tq Cik U. Hehe
Suatu hari, Allah uji dengan kehilangan sesuatu. Iaitu beg galas aku yang paling aku sayang. Kejadian ni berlaku semasa aku berada di tahun ketiga pengajian. Dalam beg tu ada macam macam barang aku. Semuanya dalam tu. Sebetulnya, ia adalah kecurian bukan kehilangan. 

Kecurian ni berlaku atas kecuaian aku juga sebenarnya. Entah la, apa la yang aku khayal sampai boleh tinggal je beg dalam surau begitu sahaja. Bila dapat tahu beg aku hilang, aku rasa macam aku dah takde apa apa dalam dunia ni. Aku terlalu....erghhhh.....bermacam macam perasaan masa tu, sampai aku tak termenangis langsung. Sampai la aku terfikir untuk call abang aku. Dengar je suara dia terus aku nanges seolah olah macam aku kena pukau sepanjang waktu tadi sampai tak rasa pape. 

Aku masa tu tak tau nak buat apa. Otak aku cuma bagi maklumat: Rumah. Rumah. Ye, aku hanya nampak rumah ialah tempat paling tenang kerana di dalamnya ada penenangku, mak ayah. Tapi abang aku yang banyak tolong. So aku tak balik rumah. Aku rasa aku macam dah lost betul la. Tapi abang aku tenangkan aku. Dia bawak aku pergi ikea makan meatball, dia ajak aku jalan2 sekitar the curve tu tengok suasana malam. Esoknya pergi buat report, tak pe la sebagai ikhtiar mana tahu dapat balik. Tapi memang 99.9 peratus takkan dapat. Ya allah, aku sampai sekarang tak tau macam mana nak balas segala kebaikan abang aku. Mungkin sebab aku rasa cukup abang aku sebagai kawan lelaki, teman lelaki yang paling rapat dan paling ngam, aku dah tak perlukan lelaki lain. Tapi aku doa jugak kalau Allah datangkan jodoh, biarlah dia persis abang aku. Huhu. Okay lari topik lak. 

Pastu, aku dah agak rilek, aku mesej sorang sahabat yang duduk jauhhhhh sangat di benua yang lain. Aku cuma bagitau aku sedih sebab Quran aku hilang. 

Ya. Quran. Quran yang aku guna sejak tahun pertama aku jejak Maahad tercinta. Benar, Quran itu yang paling berharga. Aku doa sangat sangat agar pencuri tu pulangkan Quran aku, benda lain ambik lah. 

Tapi, reply kawan aku yang buat aku merenung jauh ke dalam diri: "Mungkin Quran tu yang menjauh dari kita." Allahu. Jzkk sahabat, Cik U, kerana ingatkan aku daripada kelalaian ini. Aku bagaikan baru terjaga. Baru tersedar. Bagaimana aku jaga 'dia' selama ini. Culas. Lalai. Bukan setakat dari hati ia lari, bahkan jasad fizikalnya juga sudah tidak sudi untuk berada dekat denganku. Ya Allah. Masa tu aku nangis sangat sangat mengenangkan diri sendiri. Dosa aku berjauhan dengannya. Dah jauh sangat aku tinggal dia. Sebab itu ia merajuk. Rajuk yang tak mampu lagi aku pujuk. 

Sampai sekarang pun aku termimpi lagi memeluk Quran tu. Sesungguhnya ia amat berharga. Sebenarnya, cinta manusia tak susah, tapi nak dapat cinta Quran tu lagi susah. Aku sedih sangat. Quran tu banyak kenangan suka duka aku. Time aku down, aku tanda muka surat mana yang aku terbaca dan ayat tu kena betul dengan situasi aku. Dalam Quran tu, aku tanda ayat ayat yang mutasyabihat. Dalam Quran tu aku tanda tarikh aku kena denda. Dalam Quran tu aku tulis pesanan pesanan bonda Guru Quranku. Ya Allah, ia rakan karibku. Tatkala aku menulis entri ini pun aku menangis kerana merindukan Quran tu. Benarlah, Quran itu ada rohnya. Fizikalnya juga ada something apatah lagi kemukjizatannya yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Allahu.... Allah pertemukanlah semula aku dengannya. Teman karibku, wahai Quran biru, semoga dirimu dijaga oleh tuan baru yang lebih layak dariku. Aku berharap agar kita akan sentiasa bersama di dunia hingga akhirat sana. Aku rindu. 

No comments:

Post a Comment