Friday, 14 December 2012

Aduh.....al-Quran!

Salam alayk....
Baru2 ni,bukak je MukaBuku,banyaknye naik 'suapan berite' mengenai Quran....

Oh my Quran! =(( 


Dan dlm masa yg sama2,bertimpa2 org tanya:"eh,cmne ko jaga Quran ek?"
"eh,sejak masuk U ni,brpe juz ko murajaah eh?"
"tiq,blh x bg tips sikit cmne nk jage hafalan?"
Tidak kurang juga,sahabat2 baru yg bertanya:"Tiq,wah...cmne ye awak hafal Quran? mmg semua satu Quran tu ingat r?" erkk. aku..=,='

Hanya Dia yg tahu mcm mane keadaan aku skrg. Sayu sgt bila lihat Quran.
Dan dalam masa yg sama,saya juga sebenarnye mencari2,bertanya2,berkongsi masalah ini dgn org lain. Saya dan sahabat2,sebelum keluar,mmg kami sedia maklum,mmg kalis dah telinga mendengar kata2 senior2,ust2,ustzh2.."Jaga Quran ni bermula awak baru hafal. Bukan di thn akhir baru nak pulun. Sakit awak".
Tapi, sekarang,,Ya Allah.....kepulunan jika hanya diterapkan semasa berada disana shj tidak akan menjamin Quran yg tlh kita hafal itu akan kekal dlm ingatan.
Saya mmg amat tidak layak untuk bercakap hal ini. Saya juga manusia biasa yg pernah,sedang dan akan melakukan kesilapan. Namun,saya mesti cuba,bangkit dan tidak hanya berharap "moga Allah ampunkan dosaku".

Jadi,post kali ini,lebih kpd untuk mengingatkan diri yg lalai ini.
'Semalam,ada sahabat yg war2kan dlm MukaBuku mengenai musabaqah hafazan.tu pasal le arini bersemangat utk tulis ni.[nak cari semangat kembali sebnarnye.huh.]

Terbaca semula kata2 seorang shbt,,semasa saya tanya beliau:
"Kelakarnya, sy baru teringat nak tanya ________ cara nak jaga quran lps kua dr 'pusat yg jaga quran' kita. Sama2 kita share eaa. ________ share la jugak (: Sy takde 'cara' sgt, tp lebih kepada nasihat hati.huhu
1-Lepas subuh n maghrib.
2-Cari kawan yg bila tgk dia, teringat quran.
3-Dekati shbt yg soleh, tgk wajah masyaikh
4-Doa, muhasabah diri sentiasa
5-Dengar bacaan quran, terpaksa tukar nasyid yg bese didengar kpd quran -->sbb nak topup mengulang.hee
Sbb sy rasa, susaah sgt nak istiqamah, tp bila tgk shbt2, terbaca artikel2 pasal quran, terasa 'dipanggil kembali'.. Dan doa, bia hati kita rindu nak mengulang. Bila kurg mengulang, rasa xsedaappp hati.
*kuantiti ulangan sy pun smkn menurun, doakan sy ______! T.T
Rupanya,same je mana2 orang yg penah hafal Quran. mesti akan rase cmni. Dan solusinye pon lebih kurang begini. Orang yg sy tanya ni bkn calang2 orang. orang yg amat saya tabik! orang yg saya tidak begitu mengenali beliau,saya mengenali beliau tetapi beliau tidak kenal saya [mungkin] tapi bila berhubung terasa seperti telah lama kenal. [err.berbelit2 la ayat ko Tiq]

[airmata mula menitik]
Sungguh,saya rindu mereka semua...mereka yg tarik saya tatkala saya jatuh,mereka yg tidak jemu2 menemani saya tatkala saya susah mahupun senang.


  Dan kini,kami semua terpisah. membawa haluan masing2. Namun,ana sentiasa berdoa agar Quran kita sentiasa basah sbg zikir hati. Semoga antum berjaya dlm bidang masing2! Ingatlah pesanan murabbi kita,pada hari terakhir kita di sana.: Air,tatkala dibacakan al-Quran padanya,terus berubah molekul2 dlmnya menjadi amat cantik,indah,bercahaya. Apatah lagi kita,manusia,yg mana 70% drpd tubuh merupakan cecair,jadi apabila kita sendiri mengalunkan alQuran setiap hari,pasti diri kita yg akan mengeluarkan 'aura' alQuran tersebut". Allah.......nanges.='(((

[kenangan bersama kalian kekal terpahat selamanya]

No comments:

Post a Comment