"Don' waste ur minutes. Life waits for no one."
![]() |
| [ al imtihan qoriib. taharraku ya jamaah! ] |
Kata2 yg diulang baca berkali2 hingga tidak sempat utk dikira. [sebab ini terpampang di wallpaper henset.konfem la xdan nak kira sbb tengok henset bape kali sehari]
anda brp kali tengok henset sehari?? hehe.jawab dlm hati suda.
Teringat kata2 I. Hassan al-Banna. [dolu2 mase kecik2 aku suka dgr nama ni.time bace ma'thurat kan,mesti dpn buku ma'thurat tu tulis : disusun oleh As-Syahid Imam Hassan al Banna. sukanya dgr nama 'HASSAN' tu...sungguh,aku sayang dia kerana Allah. Terima kasih Ya Allah. *mood rindu sebenarnye*]
Kata2 beliau: "Kewajipan yang harus kita tunaikan melebihi masa yang kita miliki"
Fuhh,,pehati molek2. Cube bandingkan dgn diri kita. Kalau anda rasa mcm byk je masa terluang,beerti byk kewajipan yg anda x tunaikan.
"Errkkk...." =.='
Ye..saya juga merasai, kadang2 masa amat la lambat bergerak. kadang2 masa sangat laju berlari. Sungguh,masa itu relatif. Tidak sama setiap hari. Tidak sama bg setiap orang. Tidak sama masa kita dgn masa DIA.
Sebab tu dlm Quran Allah ada sebut,: "Dia mengatur segala urusan dr langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepadaNYA dlm satu hari yg kadarnya 1000 tahun menurut perhitunganmu"
Allah.......nampak kan? masa kita kat dunia ni hanya 3:50. kat dunia baru 3 jam tapi kat akhirat 50 jam. maknanya kalu kat dunia 24 jam=sehari,kat akhirat 400 jam. lamanya....=,=' masyaAllah. mmg xkan mampu kita nak bertahan di padang mahsyar selama itu. [tapi Allah dah bg 'keistimewaan' kpd kita,umat Nabi Muhammad. umat yg plg awal akan dihisab. sollu alan nabiy]
Keberkatan masa
Sebenarnye,24 jam dlm kehidupan manusia tu blh diextendkan hingga berjam2 lagi. Aik? macam mane tu? Bila Allah berikan keberkatan masa pada kita,kita kan rasa tenang dlm hidup. banyak kerja yg dapat disiapkan. banyak ilmu yg dapat dikutip. banyak ilmu yg dpt disebarkan. banyak gerak kerja dakwah yg telah diselesaikan [sejujurnya gerak kerja dakwah x pernah selesai.]
Tapi mcm mne nak dpt??
Aku nak jugak dapat masa byk cmtu
Dan pada suatu hari,mase sdg baca sebuah buku,dlm tu diceritakan bagaimana kita nak dpt keberkatan masa.
- Tunaikan hak Allah. maksudnya buat segala apa yg Allah suruh,benda2 yg wajib.
- Jangan berkira dgn Allah. contohnye,lpas solat fardhu,apa la salahnye kan kita duduk sampai imam bace doa. Eh,tau x? selama mana kita masih berada dlm sof solat,selama itulah para malaikat mendoakan kesejahteraan buat kita.
- Tambahkan ibadah2 sunnat. bace quran,solat sunnat,dan apa2 lagi lah.
Fuh.....sebab tu bila kita renung kembali zaman kegemilangan Islam,para ulama', I. Nawawi contohnye,beliau mampu menghasilkan berjilid2 kitab masa hayatnya. sedangkan dia hanya hidup selama 40 thn. Ini la yg dikatakan keberkatan pada masa.
Semalam,tgh stalk dinding MukaBuku seseorang,terbaca kata2 ni : Badiuzzaman Said an-Nursi berkata-
3 cara aku dapat aku mudah menguasai ilmu,
1)Kurang mengambil makanan
2)Kurang bercakap
3)Kurang berehat...
Akhir kalam,koreksi diri,baiki hati.
Fi amanillah.


No comments:
Post a Comment