Dan syukur kerana aku juga merupakan salah seorang pelajar lepasan tahfiz. <Tapi bukannye al-hafiz, al-habis je>
Memang, cukup susah untuk terus mengekalkan hafalan jika sudah tiada biah, suasana atau penggerak aka pemaksa untuk ke arah itu. Ye aku faham, ramai golongan huffaz yang lahir saban tahun tapi hanya sedikit yang berkualiti. Salah seorangnya aku la. Xde kualiti.
Tapi sebenarnya, setiap mereka yang pernah menghafal tu, pasti ada terdetik dalam hati untuk menjaga semula Quran tu. Betul. Akan hadir rasa rindu untuk menghadap Quran hingga lupa makan minum. Tak rasa lapar dahaga kerana terlalu asyik dengan ma'dabatullah itu. Ya ALLAH,, memang indah sangat perasaan tu.
Cuba cek semula diri kita, apa yang buat kita malas sangat nak buka Quran tu?
Sibuk?? Pernah dengar x Ismael Haniyyah, Presiden Palestin. Beliau Perdana Menteri. Kita dengan dia sape lagi sibuk?
> eh, dia hafal dari kecik memang la akan ingat<
Ok, betul, dia orang Arab, dah ade kespecialan di situ. Sekarang kita ambik Dr. Shafie Amin, pengasas Pusat Quran Darul Itqan. Allah...
Beliau cakap, hafal Quran ni, yang penting niat tu, dan bersungguh-sungguh. Pasti Allah akan bukak jalan.
Tengok ni: Tips Hafal Quran
Allah. Moga Allah berikan kita kesempatan untuk hafal Quran. Kenapa perlu sangat nak hafal ni?? Ok, banyak fadhilatnye. Allah angkat darjat dan sebagainya. Tapi yang paling penting, itu kan surat cinta dari Allah. Xkan xnak hafal?? Kalau pakwe makwe hantar sms, bila rindu tu mesti baca. Padahal sebelum-sebelum ni pun dah baca. Baca tu sampai kadang boleh ingat skrip sms tu.
Ini kan Allah, pencipta cinta.
Semoga Allah pilih kita untuk menjadi ahliNYA.....

No comments:
Post a Comment