Ramai berfikir bahawa akal semata-mata yang memimpin manusia untuk menjadi baik atau buruk. Kadang hingga terlupa hati itu sebenarnya.
Common sense sudah tiada jika hanya meletakkan akal sebagai guide yang utama.
Dan pada dua hari yang lepas...
1 messages... (Fb)
SR.... salam. Kenapa akhir-akhir ni nampak awak macam dingin je?.....
Aku tidak terus membuka mesej itu. Malas hendak dilayan. Aku memang tidak suka melayan perasaan orang. Aku tak suka orang yg cepat merajuk, sentiasa ingin dipujuk... arghhh aku malas.
And then petang tu, dalam keadaan menangis dia pun cakap: "Kenapa A dah macam tak nak cakap? Hantar mesej kt FB pun x baca. Nampak je alim, tahu kan Allah suruh jaga hubungan dengan manusia... bla bla bla...
Aku panas hati bila dengar sebenarnya. Tapi cuba kawal keadaan. Berlagak kool. Kalau aku sembur kang lagi menangis kau.
Tapi, lepas tu... aku muhasabah balik. Betul jugak apa yang dia cakap tu. Aku ni ego. Aku x pernah tanya dia makan x lagi, dia ade kelas x, dia belajar macam mana... Aku ego. Dan Allah nak tunjuk teguran itu sebenarnya datang dariNYA. Dia tu wasilah je. Terbaca kat wall APG: Orang bodoh je ego. Orang yang memaafkan tu bijak.
Dush! Dush!!!
Allah. Ini memang Allah yang ketuk.
Hey,, rendahkanlah hati.
Ni baru roomate yang sama jenis. Cuba bayangkan kalau kau dapat roomate seumur hidup nanti... Macam mana nak hidup dengan suasana yang tegang, x bertegur sapa camtu.
Ni sebenarnya Allah nak bagi ujian. Kata nak kawen, tapi ni baru ujian sikit dengan roomate dah x tahan. Allah nak uji jugak, adekah kau akan cerita aib dia kat orang. Kalau dia cerita aib kau kt orang,, xpelah.. redhalah. Tapi kau, kau jagalah amanah ni. Jangan bukak aib dia. Moga Allah tutup aib kau kat akhirat nanti....
Rumahtangga itu lagi luas. Kalau dalam bilik je pun x boleh handle, berat la. Berkongsi, memberi, bertolak ansur, kejutkan solat, ambil berat. Ni semua fitrah manusia. Kau jangan la nak pertahankan ego tu. Hidup ni sekejap je. Apa yang engkau marah sangat dia guna barang kau. Padahal SEMUA tu bukan hak milik mutlak kau. Boleh je bila-bila masa Allah tarik.
-coretan hati.- Buka mata hati supaya dapat melihat teguran Allah itu di mana-mana.

No comments:
Post a Comment